RESEPI KEK TRIFFLE SIMPLE DAN SEDAP


Haa.. hari ni aku nak ajar korang untuk buat kek triffle paling simple, mudah dan sedap. Maaf gambar tak cantik, ni first time aku buat. Gambar tak letak jelly lagi tu. Kalau letak, fuhh kalah kedai-kedai yang jual triffle. hahaha..Setakat aku buat ni adik-adik aku suruh buat lagi. Ok jom kita start.

Bahan-bahan :

- 1 Kek gulung (perisa pandan)
- 1 tin koktail (1 tin kecil pun dah cukup)
- 1 cawan tepung kastard*
- 1 tin susu cair*
- 2 cawan air*
- 4 sb gula*
- 1 kotak serbuk jelly nona


Cara-cara :

1. Potong kek gulung dan susun dalam bekas. Kemudian renjis-renjis kan air koktail padakek gulung yang telah di susun dalam bekas.
2. Untuk kastard, campurkan bahan yang aku (*) masak atas api sampai pekat. Kemudian korang rasalah sikit manis ke tak. Kalau tak manis boleh taambah gula lagi.
3. Lepas dah pekat, masukkan kastard yang telah dimasak ke atas kek gulung yang disusun tadi.
4. Ok, dah siap untuk lapisan kedua. Jom buat untuk lapisan ketiga iaitu lapisan jelly. Untuk jelly korang boleh baca je arahan dekat belakang kota serbuk jelly nona. Lepastu bolehlah tuangkan jelly yang dah dimasak keatas lapisan kastard tadi.
5. Akhir sekali, taburkan buah koktail atas lapisan jelly. Dan masukkan ke dalam peti sejuk beberapa jam. Siap!


Resepi tiffle ni serius sedap. Aku dah buat. Terima kasih blogger yang sudi kongsi resepi tapi aku tak ingat dah blog mana, Aku tulis dalam buku je resepi aku. Yang menjadi dan sedap aku tulis dalam buku secret resepi aku. hahaha

Comments

Popular Posts