Pertemuan Pasti Ada Perpisahan
Bermula sekolah menengah saya mengenal apa itu erti sahabat. Sahabat dan rakan membawa erti yang berbeza. Sahabat adalah insan yang sentiasa bersama kita dikala kita susah dan senang manakala kawan atau rakan hanya ada pada waktu kita senang sahaja.
Amat untung bagi saya kepada mereka yang masih mempunyai sahabat. Apatah lagi sahabat yang membawa kita menuju jalan yang diredhai oleh Allah. MasyaAllah. kalau kalian masih ada sahabat seperti itu saat ini, peganglah dia erat-erat. Jangan kau lepaskan. Serius.. bila kau lepaskan dia, amat sukar untuk kau dapatkan dia kembali.
Buat yang pernah jadi sahabat saya suatu ketika dahulu..terima kasih saya ucapkan. Harap sangat kita macam dulu-dulu. Rindu sangat dekat 'dia'. Sekarang ni kami berpisah selepas sekolah menengah. Semua dah buat haluan masing-masing.
Jika didunia Allah pisahkan kita, moga di Syurga Allah temukan kita kembali. Aamin...Harap sangat insan yang saya cerita ini,baca entri saya kali ini. Hanya doa aku mampu titipkan.


Comments
Post a Comment