Maksud Insurans dan Takaful
Hari ini ramai yang ambil insurans ataupun takaful. Tapi tak semua yang faham apa itu insurans dan takaful. Disini saya ingin menerangkan sedikit maksud insurans dan takaful. mengikut apa yang saya faham.
Maksud insuran ialah
satu institusi ekonomi yang berasaskan prinsip bergantungan, dibentuk bagi
tujuan menubuhkan dana am. Keperluannya timbul daripada berlakunya risiko yang
tidak diduga, yang kebarangkaliannya berlaku boleh dianggarkan dengan
munasabah.
Perkhidmatan
insuran melibatkan pembayaran manfaat atau pampasan secara kontrak kepada
insured atau pihak ketiga terhadap kerugian yang tidak dijangka.
Maksud takaful
ialah satu skim yang berasaskan persaudaraan dan bantuan bersama yang
menyediakan pertolongan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan dimana
bersetuju untuk memberi sumbangan.
Konsep yang
digunakan berdasarkan tabarru’ iaitu bermaksud derma secara ikhlas.


Comments
Post a Comment