RESEPI KEK COKLAT PALING SEDAP DAN MUDAH (SEHINGGA MENJILAT JARI)
Bahan-bahan :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
Cara-cara :
1. Campurkan koko, gula, susu cair, minyak masak dan susu pekat.
2. Sebatikan diatas api perlahan sehingga larut.
3. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
4. Pukul telur dan masukkan kedalam campuran koko tadi.
5. Masukkan kedalam loyang dan kukus selama sejam.
Pesanan: kalau guna serbuk koko Van Houten, hanya masukkan setengah cawan sahaja, bimbang kek akan jadi pahit. Selamat mencuba :)
Untuk topping aku selalu main campak saja. Hang letak serbuk koko, susu pekat, air, butter. Hang agak2 je. Masak atas api sampai pekat.



Comments
Post a Comment