Gagal Hari Ini Tidak Semestinya Gagal Buat Selamanya

Aku mulakan penulisan aku dengan salam. Assalamualaikum wbt.

       Untuk topik kali ni aku just nak cerita kisah hidup aku, walaupun aku tak habis sepenuhnya belajar. Mungkin ini boleh jadikan inspirasi atau semangat buat kalian yang senasib dengan aku. Bak kata ayah aku "cerita ayah juga boleh dijadikan filem sebab pernah gagal waktu belajar dulu". Tergelak kecil dalam hati aku sebab ayah aku juga sudah lalui apa yang aku lalui malah ujiannya lagi besar daripada aku dan alhamdulillah hidupnya telah berubah 360 darjah lepas kawin dengan mak aku. haha rezeki selepas kawin kan.



       Setiap orang pernah jadi pelajar, pernah gagal dalam exam, pernah dapat markah rendah dalam mana-mana subjek. Ya, aku juga pernah tapi cerita aku lain. Lain dari yang lain. Orang lain bila gagal dia akan terus go on dengan apa yang dia ada sekarang, cuba untuk baiki dan kemudiannya dapat habiskan sesuatu fasanya. 


       Ujian aku datang selepas result SPM keluar. Kawan-kawan aku kebanyakannya dapat masuk ipta iaitu UIA. Aku lepas check result aku terkejut, terasa gelap dunia ni dengan aku dah berhenti sekolahnya waktu itu sebab terikut-ikut kawan yang ambil surat berhenti belajar. Ya, aku tak dapat mana-mana tempat dalam ipta. Tapi sekarang ni aku dah masuk ipta balik selepas aku lalui ujian dengan sabar yang Allah timpakan pada aku. Tahun aku tak dapat masuk ipta iaitu tahun 2014 dan aku dapat masuk ipta pada tahun 2018. 4 tahun Allah dah uji aku. Tapi alhamdulillah, aku syukur sangat sebab Allah uji aku. Kenapa? Jom.. aku cerita lagi.


       Maaf gambar ni aku ambil waktu aku masuk matrik dulu. Ya, aku tak dapat masuk mana-mana UA atau IPTA. Tapi aku dah buat backup siap-siap dah. Aku juga mohon matrik. Tapi korang tau lah kan alam matrik ni macam mana. hahaha betul lah apa yang korang dengar dari orang tuh yang cakap matrik ni sangat tough, kena struggle sentiasa. haa betul semua tu. Aku dulu kelas pukul 8.30pagi kalau tak silap hingga pukul 5ptg weh. Lepastu malamnya ada kelas tambahan sampai pukul 10mlm. Mana tak penat?

       Aku tabik la pada orang yang dapat 4.0flat masa matrik. Hang study macam mana weh? Ya mungkin itu kelebihan dia. Aku sedar yang aku telah bermasalah semasa ujian midsem aku. Masa matrik dulu ada 4 subjek saja tapi ada satu subjek ja yang aku A iaitu subjek akaun. dan subjek-subjek lain result yang menghampakan. Pointer aku pun tak lebih 2.50 dan waktu inilah aku sedar nanti degree hang nak ambik kos apa weh? nak kerja apa dengan kos macam tu? Nanti sia-sia jugak penat lelah kau untuk habiskan degree yang tak tentu arah hasil dari pointer kau yang ciput waktu matrik dulu? Nak ke macam tu? 



       Lepastu, ayah dan mak aku ada bagi suggestion untuk aku teruskan atau berhenti matrik. Aku pun terus istikharah dan aku bermimpi aku keluar dari pintu pagar matrik dan cerita dekat ayah dan mak aku yang aku dah istikharah dan Allah tunjuk dalam mimpi aku yang aku keluar matrik. Alhamdulillah aku tidak tersilap langkah. Mak aku suruh aku habiskan satu sem matrik, lepas final exam sem 1 aku berhenti. So, aku ikutkan apa yang mak aku suruh.

       Dalam waktu exam sem 1 matrik, ayah aku mesej aku yang aku dapat tawaran politeknik. Haa.. lepas aku berhenti matrik bulan 10 aku sambung politeknik Sesi Disember 2014. Seingat aku, aku masuk akhir bulan November. Memang aku takda nak relax sangat lah. Berhenti situ, sambung sana. Aku masuk poli aku cuba untuk buktikan yang aku mampu berjaya macam orang lain. Haa dekat poli aku dapat kos diploma in accountancy. Ya, memang kos akaun yang aku minat. sebabtu aku berhenti matrik. Matrik ni kalau hang tak dapat 4flat kedua-dua sem jangan mimpi nak ambil kos akaun nanti degree. Tapi dengan izin Allah juga kau akan dapat. Tapi aku bukan lah nabi nak yakin sepenuhnya. Aku juga manusia biasa yang kadang-kadang ada tersilapnya. Haa Ni lah punca utama aku keluar matrik.


       Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Aku berjaya!!! aku berjaya habiskan 3 tahun bersamaan 6 sem di politeknik. Waktu ni aku dah konvo dan aku baru sahaja masuk UUM. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat. Kalau masuk IPTA ni orang akan ukur akan kejayaan kau. Itu lah, aku ni satu selalu fikirkan pandangan orang. Tapi dengan pandangan orang dan aku tak nak memalukan diri aku selamanya aku try hard untuk usaha dapat masuk IPTA. 

       Sujud syukur aku bila result kemasukan sesi Feb 2018 UUM keluar. Alhamdulillah aku diberi peluang sekali lagi dan sekarang aku dah sem 4. Aku harap kali ni aku dapat habiskan degree dengan jayanya. Aameen!




Nak tahu macam mana cara nak mohon IPTA untuk degree sesi feb? nanti aku cerita lagi dalam satu tajuk khas. In sha Allah :)


Comments

Popular Posts