CUTI SEM BUAT APA?

Hey gais! Assalamualaikum wbt. Bertemu kembali kita. Sudah begitu lama tak aktif dalam dunia blog ni. Bila ada masa terluang boleh lah kita sama2 share apa yang kita tahu untuk semua.



So, cuti kali ni korang plan nak buat apa? Aku pun ada beberapa perancangan sendiri. Kalian juga pasti ada kan? Harapnya perancangan kita ni berhasil ya. Jangan tunggu buka sem nanti baru nak menyesal. Haha

Pertama sekali aku nak minta maaf jika penggunaan ‘aku’ ini ada yang merasa kasar. Saja nak rasa bila hangpa baca semua terasa lebih dekat. Haa.. Jadi, aku nak tanya sikitlah dekat korang, bila tibanya cuti sem, biasanya korang akan buat apa? 

Entry kali ni aku cuba untuk bagi idea untuk korang cari aktiviti yang bermanfaat untuk korang. Ok? Harap bermanfaat.

Ok, cadangan pertama aku adalah study untuk sem depan. Aku juga mula2 agak terkejut juga tengok sorang member aku ni, dia ada buat status di whatsapp untuk study sem depan. Aku cakap dalam hati.. ‘bapak ahh..awal nau hang nak study’. Tapi apa yang aku boleh cakap dekat sini, betul juga daripada duduk goyang kaki, dekat rumah..apa kata hang cari bahan-bahan untuk sem depan? Menarik bukan? Aku bukan apa, aku ni dah pernah rasa waktu-waktu kegagalan waktu masa di xxxxxx dulu. Aku terpaksa rahsiakan untuk diri aku. Haha. Aku taknak korang jadi macam aku. Ambil 2-3 tahun juga untuk aku bina balik, cari semangat balik untuk menebus kegagalan aku dulu. Aku cuba untuk  buktikan yang aku juga mampu berjaya seperti orang lain. Bila aku gagal dulu, yang paling beri semangat adalah kedua ibubapaku. Terima kasih abi umi sebab ada waktu aku down dulu. Dioranglah yang cuba untuk selesaikan masalah aku dulu. Ok, berbalik pada point asal kita.

Aku nak hurai panjang-panjang pun korang dah tau benefit of study kan. Banyak kelebihan jika study awal-awal ni. Takdalah nanti sem depan hang terngaga bila lecturer ajar dekat depan. 


Seterusnya, cadangan kedua aku adalah kalau hang malas nak study, aku boleh cadangkan hang pergilah cari skil-skil baru. Contohnya, kelas fotografi ke, memasak ke, menjahit ke dan apa-apa kelas lah yang hang boleh cari skil tersembunyi hang. Aku percaya dengan dunia sekarang, tak belajar tinggi pun hang boleh kejar cita-cita hang. Aku bukan nak memperendahkan orang yang belajar tinggi. Cuma apa yang aku nampaklah, rezeki kalau Allah nak bagi, tak kira orang yang belajar tinggi ke rendah ke, kalau ada rezeki dia akan dapat sebab Allah tak tengok apa yang kau dapat, tapi Allah tengok apa yang kau usahakan untuk mendapatkannya.

Haa.. aku rasa cukup dulu 2 cadangan aktiviti cuti sem ni. Harap bermanfaatlah untuk korang dan aku juga. Enjoy your semester break guys!

Comments

Popular Posts