Pioneer industries ordinance 1958


Assalamualaikum. Masa aku diploma dulu, kami ditugaskan untuk membuat buletin berdasarkan seminar yang telah kami hadiri. Mungkin tugas kami ini dapat membantu serba sedikit buat adik-adik yang senasib dengan kami dulu. ahaha

Sebelum promotion of investment act 1986 diguna pakai , Negara kita telah menggunakan bahan Akta Pioneer Industries Ordinance 1958. Apabila Pioneer Industries Ordinance 1958 dimansuhkan oleh kerajaan maka telah wujud akta baru iaitu The Investment Insentive Act 1968.
Selain itu, Akta Pelaburan insentif 1968 memberikan penekanan kepada industri intensif buruh, industri berorientasikan eksport, industry menggunakan bahan mentah dan penubuhan industry di kawasan yang kurang maju di Negara ini.
Seterusnya , pelaburan insentif akta1968 pula telah dimansuhkan ,maka wujud Promotion of Investment Act .Sehingga kini,pada tahun 2016 negar kita masih menggunakan promotion of investment act 1986 tetapi telah berlaku beberapa pindaan yang dibuat.




Pioneer industries ordinance 1958


Pioneer industries ordinance 1985 diperkenalkan pada tahun 1958.Akta ini diperkenalkan selepas Negara kita bebas daripada penjajah iaitu selepas hari kemerdekaan maka Negara kita telah mengambil inisiatif bagi menggalakkan industri perkilangan. Kerajaan telah mengubal pioneer industries ordinance 1958. Antara tujuan asal pioneer industries ordinance 1958 ialah untuk memberikan insentif dan perlindungan tarif bagi pembangunan industri pembuatan. Seterusnya, ia juga untuk menggalakkan pembangunan perindustrian berdasarkan promosi import dan industri penggantian.

Hasil daripada pioneer industries ordinance 1985 yang memperkenalkan , beberapa industri telah ditubuhkan bagi penghasilan barang-barang seperti minyak masak ,bahan pencuci,bata, simen ,bahan binaan dan barangan pengguna tahan lama. Dalam pada itu, bilangan  syarikat peneraju dalam sector pembuatan dan nilai keluaran  (output) juga meningkat tetapi bilangan pekerja hanya meningkat dalam bilangan yang kecil.










Investment insentive act 1968


Disebabkan oleh peningkatan bilangan pekerja rendah , maka kerajaan terpaksa meminda pioneer industries ordinance 1958 kepada investment insentive act 1968. Tujuan pindaan dibuat adalah untuk menarik pelabur asing. Kerajaan menyedari industri perkilangan memerlukan modal yang sangat tinggi bagi menubuhkan industry perkilangan tersebut. Oleh itu, kerajaan menggubal  investment insentive act 1968 bagi menarik pelabur asing untuk melabur di Negara kita.
Selain itu, tujuan pindaan dibuat juga adalah untuk meningkatkan tenaga kerja dalam industri perkilangan. Oleh sebab itu, tenaga kerja akan meningkat dengan serta merta . di samping itu, kerajaan menggubal investment insentive act 1968 adalah untuk memberikan tumpuan kepada industri berorientasikan eksport dan juga keperluan untuk memberi penekanan kepada pemprosesan lebih besar daripada bahan mentah tempatan dan kekurangan modal dalam negeri.
Apabila sesuatupolisi atau dikenali sebagai akta tidak berjaya mencapai objektif yang ditetapkan oleh kerajaan maka kerajaan akan meminda akta lain atau menggubal akta yang baru





Promotion of investment
acts 1986 (PIA1986)



Promotion of investments acts 1986 (PIA 1986) diperkenalkan pada tahun 1986. Sebelum ini promotion investments act hanya tertumpu kepada industry perkilangan sahaja. Pada masa kini , promotion of investments acts 1986 telah memberi tumpuan kepada peruntukan pembangunan sektor perkilangan ,pertanian dan pelancongan. Kajian menyatakan dalam masa 5tahun iaitu pada tahun 1986 hingga 1990 , aliran masuk pelabur asing boleh meningkatkan lebih 60% setahun.
              Dalam promotion of investment Act 1986 (PIA  1986) mengandungi beberapa insentif iaitu pioneer status (section 5-25), Investment Tax Allowance (section 26-31), Industrial Adjustment Allowance  (section 31A-31E), Infrastructure Allowance (section 41A-41B) dan Deduction for Promation of Export (section 41) insentif yang masih diguna pakai sehigga kini adalah pioneer status dan Investment Tax Allowance.  Infrastructure Allowance baru sahaja dihapuskan dalam pindaan 2014, tarikh dihapuskan dikebelakangkan kepada 1 Januari 2011 walaupun pindaan berlaku pada tahun 2014.

              Disamping itu, walaupun tarikh tersebut dikebelakangkan , mana-mana syarikat yang telah diberi kelayakan untuk menuntut Infrastructure Allowance akan kekal boleh menuntut manakala syarikat yang belum  menuntut Infrastructure Allowance tidak dapat tuntut elaun tersebut.

              Antara pindaan Promotion Of Investment Act 1986 (PIA 1986) adalah Promotion of Investment (Amendment) Act 2007 Act A 1318 , Promotion of Investment (Amendment) Act 2011 Act A1400 dan Promotion of Investment (Amendment) Act 2014 Act A1468.
Promotion of Investment Act 1986 (PIA 1986) hanya membuat pindaan apabila mendapat keperluan pindaan sahaja.  Jika tidak terdapat apa-apa keperluan maka Promotion of Investment Act 1986 tidak akan membuat sebarang pindaan.

              Dalam Promoted Area, kerajaan telah membuat pindaan pada tahubn 2014 tetapi tarikh telah dikebelakangkan kepada 1 Januari 2011.Walaupun Promoted Area telah dihapuskan, mana-mana syarikat yang diliuluskan sahaja yang boleh diguna pakai akta tersebut.  Promoted Area melibatkan beberapa negeri iatu Kelantan, Terengganu, Pahang, Mersing (Johor),Sabah dan Sarawak. Mana-mana kilang di negeri tersebut mendapat pengecualian 100% dalam pembayaran cukai.






PIONEER STATUS


Pioneer status melibatkan beberapa seksyen iaitu seksyen 4 diguna pakai untuk apa-apa insentif dalam promotion Investment Act.  Ia ditentukan oleh menteri MITI insentif hanya boleh dimohon untuk sesuatu akativiti atau produk sahaja.Dalam seksyen 5 pula, syarikat perlu memohon untuk mendapatkan pioneer status.  Ia akan dikeluarkan dalam surat yang ditentukan oleh menteri.

Dalam seksyen 7 menyatakan cara untuk memohon kelulusan pioneer status.  Ia perlu dipohon dalam masa 24 bulan  daripada tarikh surat kelulusan. Di dalam surat kelulusan ada dinyatakan production day iaitu tarikh pengeluaran.  Tarikh pengeluaran ini sangat penting kerana ia menentukan bilakah syarikat tersebut layak dikecualikan cukai.Jika syarikat tidak sempat memohon kelulusan pioneer status maka syarikat tersebut perlu meminta ‘extention of time’ iaitu lanjutan masa kepada menteri dan mestilah menyatakan sebab-sebab yang munasabah bagi pemohonan lanjutan masa.

Dalam seksyen 8, apabila syarikat tidak sempat memohon dalam masa 24 bulan  kelulusan pioneer status boleh ditarik semula. Keluluan juga boleh ditarik semula apabila syarikat tidak memenuhi syarat yang diminta.Seksyen 8 mempunyai persamaan dengan seksyen 9.

Dalam seksyen 9A, apabila syarikat telah mendapat kelulusan tetapi syarikat tersebut merasakan ia tidak memperoleh keuntungan dalam kelulusan pioneer status maka syarikat tersebut boleh menyerahkan semula kelulusan tersebut.

Pioneer status dan Investment Tax Allowance adalah melibatkan insentif untuk mengurangkan beban cukai.  Syarikat tidak boleh memohon kedua-dua status.  Syarikat hanya boleh memohon salah satu status sahaja yang mereka rasa lebih menguntungkan.





TERIMA KASIH






Comments

Popular Posts