Qalam Syabab96



             

         
             Assalamualaikum. Entri kali ini saya ingin ceritakan kenapa saya letak nama blog saya ini sebagai Qalam Syabab96. Dulu masa tahun 2013 pernah jugak buat blog. Tapi dah tak active dah. Pastu kali ini saya cuba untuk menceburi bidang blogger lagi. Harap anda semua suka dengan penulisan saya.hehe.. Sejujurnya saya tak pandai untuk berkata-kata seperti orang lain tapi saya rasa tak salah untuk mencuba.

               Saya teruskan dengan penerangan nama blog saya. Qalam (قلم) bermaksud pen manakala Syabab (شباب) bermaksud pemuda. Kalau gabungan Qalam Syabab bermaksud Pen Pemuda. Walaupun menulis blog ini menggunakan keyboard, saya tetap ingin menamakan qalam bagi nama blog saya. Saya harap entri-entri saya dapat memberi manfaat kepada semua. Jika ada sebarang kesilapan harap anda semua dapat tegur saya kerana saya hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.

             Itu sahaja penerangan tentang nama blog saya. Salam ukhuwwah. Wallahu a'lam.
 
           

Comments

  1. alhamdulillah . selamat kembali ke dunia penulisan blog ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts